Cuba lihat di kalendar yang bedekatan dengan korang.Sekarang dah tahun apa?Tahun lembu?Aku tak tanya tahun ni haiwan apa bawak tuah.Aku tanya sekarang ni tahun apa.Tahun 2011 kan?Korang rasa ada ke tahun 2012 tu?Okay tak payah tanya jauh-jauh la.Aku tanya yang paling dekat,korang rasa ada lagi minggu depan?Kalau difikirkan pasal ni rasa takut pulak aku sebab amalan aku tak cukup lagi.Biasalah manusia,bila tengok cerita tentang kematian insaf untuk 3saat lepastu jadi shaiton balik.
Semua orang dah tau yang dunia ni dah tua,tapi kita je taktau bila ending dunia ni.Kepada manusia yang beragama islam dan masih punya iman walaupun sekelumit,pasti takut bila fikirkan kematian,pada manusia yang tak punya iman,dieorang rasa kalau mati kena langgar dengan Myvi baru pon takdehal la.
Dalam blog aku ni,aku ada cerita pasal seram jumpa hantu sebanyak dua kali dan kemungkinan lepas ni aku akan terus menulis tentang perjalanan aku dalam mencari hantu,hari ni aku nak rest dulu,aku nak cerita dekat korang apa yang aku nampak sedang berlaku dalam dunia yang tua ni.
Semua orang dah nampak kan yang ratio perempuan lebih ramai daripada lelaki kan?Ni aku bagi contoh dekat dengan diri aku lah,aku tak payah tengok jauh-jauh,tengok dekat tempat kerja aku je dah cukup,cashier yang paling ramai adalah cashier perempuan.Kenapa?adakah sebab perempuan sahaja yang rajin,lelaki pulak memang rajin,tapi rajin tidur,mungkinkah?Lepastu alasan ratio perempuan lebih ramai daripada lelaki ni kerap digunakan oleh lelaki-lelaki gatal yang nak bini lebih daripada seorang,kononya nak ikut sunnah nabi tapi sebenarnya pasal agama satu apa pon taktau.
Aku rasa kalau bukak paper je mesti ada kes mak kena rogol dengan anak,ayah kena tetak dengan anak atau dengan kata lain mak bapak jadi kuli anak.Sebab apa aku cakap macam tu?Yela aku rasa dalam tahun 2011 ni makin ramai anak derhaka yang dah dihasilkan.Aku nak suruh korang tengok simple je,Korang pergi mana-mana supermarket,korang ikut mana-mana family,tengok anak dia yang kecik,kalau anak dia amek vitagen dan mak bapak dia taknak beli,apa anak dia buat?menangis melalak-lalak atas lantai kan?Nak paksa mak bapak dia beli jugak.Ataupun contoh lain,korang nak handphone baru tapi time tu,mak bapak korang takde duet tapi korang nak jugak handphone baru tu hari ni jugak sambil memaksa mak bapak korang,protest,melawan sambil mak bapak korang give up.Tu la nama dia Kurang hajar.Faham?
Perkara yang aku nak cakap ni dah jadi pada zaman nabi dulu iaitu Homoseksual.Heh seriously aku tak faham macam mana seorang perempuan boleh suka seorang perempuan yang lain padahal badan korang sama kot.Apa yang tak sama cuba bagitau aku?Korang ada hati nak jadi pengkid,lesbian,dah janji sehidup semati dengan seorang perempuan yang lain,korang siap tukar jantina lagi,tapi perempuan tu boleh mengandung ke kalau kawen dengan korang?Jangan haraplah sebab korang sama-sama period okay.Yang lelaki pulak,ada hati nak jadi gay,macam aku cakap tadi,badan korang semua 100% sama.Apa yang lain?Naluri?Halah.Pada aku tu semua alasan orang yang taknak berubah.Kalaulah Rasululullah s.a.w ada depan kita time ni,mesti dia sedih dan menangis mengenangkan nasib umat akhir zaman baginda.
Lagi satu yang sudah berlaku ialah maksiat di depan mata.Maksud aku disini ialah buat maksiat depan orang ramai tanpa rasa korang ada kemaluan.Kalau pergi mana-mana shopping complex,cuba korang cari tempat sunyi sikit,mesti ada pasangan yang tengah bermadu kasih,berjanji setia.Kan?Korang dah cium mulut sana-sini lepastu upload dekat youtube, facebook,blog.Konon nak bagitahu kat satu dunia yang korang adalah sweet couple of the year.Tak malu ke?Ke korang tak kenal apa itu Malu?Mungkin korang akan malu bila korang sibuk pertahankan pasangan korang daripada sesiapa padahal orang nak nasihatkan kau!declare sesuka hati yang dia tu adalah husband and wife kau,gadaikan itu ini tapi esok lusa pasangan korang kawen dengan orang lain.Memang best kan?
Aku ni bukanlah alim sangat.Aku pon ada buat salah jugak.aku buat entri ni untuk semua manusia yang faham bahasa Malaysia dan untuk renungan diri kita bersama.Kita sendiri taktahu yang adakah Ramadhan tahun ni yang ketiga terakhir,kedua terakhir ataupun yang terakhir.Ataupun kita tak sempat untuk merasai Ramadhan tahun ini.Takut kan?Tapi sekejap je takutnya,esok lusa buat balik perangai shaiton.Itulah Manusia.
P/S:Sejak aku berubah ni ramai yang panggil aku ustazah.Pleaselah aku tak gemar kalau korang panggil aku ustazah sebab aku tak layak lagi ke tahap tu.Aku sekadar cerita dan mengingatkan.Kalau tak suka baca tak apa.Ada mak kesah?Tak kan.Kbai.
8 comments:
bek pya entry..dakwah ngn care sndri..truskan dya
insyallah.dya akan teruskan.
best2. try la post entry ni dekat geng blogger di fb, mesti ada respon. hehe
i dah lama follow u la :)
entri kau salu nak buat aku nangis takut seram dan terkencing , untuk pengetahuan kau lah . lepas baca entri kau yg pasal nak kiama hari tu , aku terus susah nak tngal sembahyang . ni pon , aku dah slow slow mala nak solat dah ni , naseb baik jumpe entri kau terus aku nak solat isyak . wakakkakakaka.kau boleh hantar tazkirah dekat aku tiap2 hari tak ? hahahha
nur amalina-heh.yeke?sori i tak pasan.ngoknye i ni.ehehe:P thanks hunny!
eka-baguslah tuh wey.atleast sesapa yang baca dapat mengingatkan diri sndri.aku pon pesan kat diri aku jugak.Entri ko plak slalu buat aku pk nak jumpe ko.Paham tak?aku nak jumpa ko!Plssss),:
kehkeh
nice ;))
nurul ainee-maseh(:
Post a Comment