Assalamualaikum
Kisah yang akan aku ceritakan ini berlaku pada sekeliling aku sendiri,tapi biarlah nama si mati menjadi rahsia,tapi untuk entri ni aku gelarkan dia sebagai sofia.Sama-samalah kita ambil pengajaran diatas cerita ini.
Sofia adalah seorang yang rapat dengan aku,kami suka menyanyi kalau ada kenduri kahwin.Tak dinafikan sofia mempunyai ketinggian untuk menjadi seorang model,sofia seorang yang sangat menghormati orang tua,sofia cantik.Kisah hidup sofia penuh dengan liku,sofia seorang anak angkat dan mak kandungnya sendiri tidak mahu menerima dirinya,sofia seorang yang sosial,suka keluar malam,bertukar-tukar teman lelaki dan bila mak ayah menasihatinya untuk tidak keluar malam,dan bertukar-tukar lelaki,sofia suka mengendahkan nasihat itu.
Hidup sofia penuh cabaran,sofia kahwin pada umur yang muda,iaitu dalam lingkungan 19,dan dikurniakan seorang anak bernama zikir,dan diceraikan selepas itu.Zikir seorang yang sangat manja dengan ibunya,bila zikir hendak tidur,zikir akan memanggil ibunya sekali untuk mendodoikannya,jika tidak,zikir tidak akan lena,zikir harus pastikan sofia berada disebelahnya.
Sofia bekerja jauh daripada rumahnya jadi sofia harus berulang alik dari tempat kerja ke rumah hanya dengan menaiki motosikal,demi untuk menyara anaknya kerana status kininya yang bergelar janda anak satu,tapi itu tidak mematahkan semangat sofia.Sofia kelihatan sihat dan gembira.Sudah ditakdirkan jodohnya yang kedua,Sofia berkahwin dengan seorang lelaki yang amat dicintainya iaitu Amir.Amir seorang yang lemah lembut dan baik hati.Syukur,zikir mendapat ayah baru,dan zikir amat selesa dengan Amir.Terasa lengkap hidup sofia apabila adanya suami dan anak dalam hidupnya.
Apabila melihat pula pada pakaian sofia,dia seorang yang tidak terlalu fashionable,tetapi masih mengikuti perkembangan semasa,rambutnya di warnakan perang,kadang-kadang memakai leggings,seperti budak-budak muda sekarang.Bukan tidak pernah sofia mengenakan tudung,tapi tersangatlah jarang,apabila ditanya oleh sesiapa,dia akan menjawab "Hati sofia belum terbuka nak pakai tudung,nanti bila dah terbuka,sofia pakai".
Secara umumnya,Hidayah tak akan datang pada kita sendiri,tapi harus dicari,bagaimana kita nak dapat hidayah tu kalau kita pergi ke tempat yang dimungkari oleh Allah?kalau kita tengok video lucah,bukan video tentang peringatan atau sebagainya?Setuju?Manusia memang jahil apabila menerima sesuatu maklumat atau nasihat,manusia itu akan memandang sepi sahaja nasihat itu,akibatnya,dia tidak dapat memebezakan yang betul dan salah,sebaliknya pendapatnya sahaja dianggap benar.Contohnya "Ala,kau tu pon tak pakai tudung,kau balut aurat,pakai tudung mulut busuk and bla bla bla". Astaghfirullah,adakah kita dari golongan ini? Rasulullah telah bersabda "sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat".
Berbalik kepada cerita sofia,selepas jodohnya yang kedua,dia mula sakit-sakit,mula-mula sofia ingatkan sakit orang mengandung,dan aku juga begitu,maka aku suruh sofia rehat sahaja,tak perlu buat kerja-kerja berat.Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah ketika perkahwinan orang yang rapat dengan kami,dan ketika itu sofia minta aku dan dia berduet bersama,malangnya tidak kesampaian kerana kami harus pulang.Pada satu hari. sakitnya makin teruk apabila sofia tak boleh berjalan,sofia mengesot!dari seorang yang cantik,dan anggun,badan sofia kurus kering.Sofia lemah.
Apabila Amir membawa Sofia berjumpa dengan ustaz,ustaz itu memicit ibu jari kaki sofia,sofia meraung kesakitan "sakit sakit sakit!!".Rupanya ada seseorang telah menggunakan ilmu hitam terhadap sofia.Sampai satu tahap sofia terpaksa pergi ke hospital beberapa kali,tapi doktor mengesahkan yang sofia sehat.Jadi doktor tak terima pesakit seperti sofia.Mungkin setelah lama sofia alami kesakitan yang agak teruk,sofia dimasukkan ke hospital,dalam sehari sofia terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan,dan tak sampai beberapa minit,sofia menghembuskan nafasnya yang terakhir di unit kecemasan itu.Ketika meninggal,Wajahnya cengkung,pucat,matanya yang terbuka.Rupanya,Sofia ada penyakit tibi yang teruk tapi doktor pakar sendiri tak dapat mengesannya!
Sebelum sofia meninggal,sofia membeli beberapa helai selendang,Sofia bercadang untuk memakainya,tapi tidak sempat.Permintaan terakhir sofia,sofia ingin makan tapai,ibu angkatnya membuat berpuluh tapai untuk diberikan pada sofia di hospital,tapi sofia tidak sempat jamah sedikit pon.Betapa hebatnya kuasa Allah apabila ingin memberikan hambanya pengajaran.Perancangan Allah s.w.t sangat hebat,apabila Sofia telah diceraikan,zikir tidak mempunyai ayah,dan sebelum sofia meninggal dunia,Allah telah mengurniakan zikir seorang ayah untuk menjaga zikir.Allah s.w.t ingin zikir mempunyai seorang penjaga sebelum Sofia pergi.
Walaupun anak sofia,zikir baru berusia 6 tahun,tapi zikir menangis apabila mengetahui ibunya telah tiada.Siapa yang akan menjadi teman di waktu zikir hendak tidur?siapa yang hendak melayan kerenahnya yang suka sangat berborak dengan ibunya.Siapa?
Sofia pergi tanpa sempat menunaikan kata-katanya iaitu "Hati sofia belum terbuka nak pakai tudung,nanti bila dah terbuka,sofia pakai tudung".Tiada siapa yang akan menolong kita di sana kelak kawan-kawan!TIADA!Balasan untuk orang yang tidak memakai tudung di neraka kelak adalah akan digantung rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya.Dada yang sengaja dibuka supaya kelihatan seksi akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya,dan bagi yang suka menayangkan betis dan peha,ia akan dipanggang dengan api neraka.
Seorang perempuan akan masuk syurga dengan senangnya,tetapi seorang suami atau ayah tidak akan masuk syurga dengan senangnya TANPA isteri dan anak-anak.Kasihanilah ayah kita,dia yang akan terkena seksaan apabila kita tidak menutup apa yang patut kerana seorang wanita mampu menarik 4 golongan lelaki bersamanya untuk ke neraka,iaitu ayahnya,suaminya,abangnya dan anak lelakinya.Kasihanilah mereka!
8 comments:
entri yg bgus.. moga readers dpt ambil iktibar dan menutup aurat dgn lebih sempurna...
begitu mudah lelaki di tarik ke neraka walaupn sebanyak mana pun amalan mereka..
Mudahan2 entry akak akan jadi pengajaran untuk mereka yg masih menunggu pintu hati terbuka untuk memakai tudung.
Bertudung saje pun tak cukup, tingkah lau dan percakapan pun kena jaga. Semoga kita kaum hawa dapat merubah diri sedikit demi sedikit ke arah yg lebih diberkati Allah :)
msyrkt skrng da kmbli mngikut msyrkt pda zamn jahiliah yg tk mngenal erti Islam yg sbnr..hurmm..moga kita sme2 dpt ambl ikitbr dripda kish ni..bnyk2 kn doa moga kte akn trus dijauhkn dripda mlakukan dosa..Amin..
suka baca entry nih. buat pengajaran kita smua :)
alhamdulillah dengan entry ni sedikit sebanyak dapat sedarkan kita semua.
thanks dya
:)
Thumbs up
Post a Comment