I appreciate them.

Wednesday, 4 May 2011

bernikah dan bersanding di masjid

Entri ini adalah hanya mengikut pandangan mata kasar aku dan hanya mengikut pemerhatian serta pengalaman aku sendiri,bukan pengalaman orang lain.Mungkin korang semua ada pendapat yang berlainan dari aku.
Pada aku,sekarang ni memang semua orang nak bernikah di masjid ataupun surau dan kalau boleh mereka nak bersanding terus dekat situ,jimat dan berkat katanya.




Tak salah untuk buat akad nikah dekat dalam masjid,asalkan menjaga tatasusila yang telah ditetapkan,contohnya menutup aurat,jangan beregelak ketawa hu ha hu ha dalam masjid macam masjid tu rumah kita pulak.Tapi bila aku tengok sekarang ni macam-macam dah berlaku dalam masjid.Cukup dengan tengok tetamu yang datang ke masjid itu sendiri.
Masa majlis akad nikah berlangsung,aku tengok pihak keluarga yang teman anak dorang benikah pulak lebih-lebih,ada yang pakai baju jarang yang macam baju kebaya indon tu,ada yang tak pakai tudung,kalau taknak pakai tudung,pakailah selendang,ini tak,alasan dia,datang dari jauh,taktau pon yang majlis akan berlangsung dalam masjid.haaa tuhla bak kat mak aku,lain kali bawak tudung spare dalam kereta ye!.(:


cantik tali hitam tu.hee:P


Si pengantin pulak bila dah berakad nikah tu,ucap alhamdulillah,tapi bila si photographer cakap "bang,posing peluk bini abang tu,okay kiri sikit,rapat sikit.haa.okay set!"klik,tangkap gambar bermacam gaya,padahal dalam masjid ni.Nak tangkap,posing-posing bagai luar masjid lah der.jangan dalam masjid,tak elok dipandang orang.Kalau dah lepas akad nikah tu,elok keluar terus dari masjid dan terus ke rumah pengantin kalau nak posing sakan.

gambar hanya hiasan ye


Lagi satu,selalunya,persandingan berlaku lepas zohor kan?mendirikan masjid dalam masjid,dah bagus,tapi adakah ketika itu masjid digunakan oleh si pengantin dan tetamu untuk solat zohor?huhu.tak dapek den nak jawabnya.

aku bawak korang untuk membaca pengalaman aku pulak.
Tahun lepas,aku teman ayah dan mak aku pergi kenduri kawen anak kawan ayah aku.Tahun lepas aku masih tak pakai tudung lagi macam sekarang ni.Time tu aku jadi driver,bila ayah aku suruh masuk kanan,kiri,semua aku ikut,sampai je satu tempat tu,ayah aku suruh masuk satu pintu gerbang yang sangat besar,aku masuk jela.Bila dah parking baru aku perasahn yang tempat aku pergi itu ialah masjid negeri.Rupanya dieorang buat kenduri dalam masjid negeri.Dalam hati aku cakap,nasib baiklah aku pakai baju kurung,masa aku berjalan nak menuju ke masjid tu,aku perasan semua orang tengok aku,sampai je dekat pintu utama masjid,aku kena tahan dengan mak guard,eh aku memang anti dengan makguard Uitm ke,makguard shopping compleks ke,eh boleh kata semua lah.Mak guard tu tahan aku "adek,awk takboleh masuk majlis.sebab awk takpakai tudung."perghh sentap aku dekat situ gak.nak mengalir air mata aku.dahlah dia cakap depan orang ramai,malu aku.Tapi makguard bagi satu penyelesaian,dia suruh aku pakai tudung yang ada lambang masjid depan tudung tu,at last.aku menangis jugak sebab malu sangat dengan semua orang yang nampak tu.Aku berpaling and jalan sorang2 depan orang ramai sambil menangis then aku duduk dalam kereta selama 1jam,aku buat keputusan untuk tak pergi majlis tu. dan aku biarkan mak dan ayah aku je pergi.

pengalaman aku yang kedua adalah apabila aku tak pakai tudung jugak semasa sedara aku akad nikah.imam masjid tu pandang aku baikkk punya.hahaha:P

Masa tu,memang aku akui,aku bodoh dan jahil dalam bab agama,bila fikir balik,aku malu bukan sebab kena tegur tapi aku malu dengan diri aku sendiri,aku telah hilangkan kesucian masjid.

so,kita doa untuk dijauhkan daripada perkara yang dimungkar olehNYA,wallahualam.aku taknak cakap banyak-banyak sebab aku sendiri masih berlajar daripada kesilapan lalu.
assalamualaikum(:

P/D: renung-renungkan dan selamat beramal!

10 comments:

Anonymous said...

yeahh..like :)

alin said...

kadang2 kita tak sedar akan kesilapan kita bila berada di dalam masjid..smpai terlupa adab2..pape pun,jangan kita perlekehkan isu agama..semoga ini menjadi peringatan buat kita semua..




*ecececece cakap macam ustazah plak..btw,thanks sharing the stories.. ;p

dya mohamad said...

Cik ayin-like je syg?hee:P

dya mohamad said...

rossa-tuhla pasal.yela kite ni manusia biasa kan.tak lari dr buat kesilapan.
insyallah.same2 kite berpesaN(:

ikhmal said...

yes, stuju dgn pendapat anda. =)
tp, jahilnye individu yg pakai sexy dress tu.
takde ke orng yg sanggup menegur si die? hmm...

dya mohamad said...

ikmal-entah.taktau nak cakap.org skarang bukan brani tego siapa yang buat slh.btol tak?;)

ikhmal said...

yela. sapela kite nak tego o beri nasehat pd someone yg kte tak knal. even her famili and fren pon tk tego die. kalo tak mmpu nk tego dgn lisan dan perbuatan, kutukan kan la kemungkaran itu d dlm hati kite.. =)

Anonymous said...

itulah selemah2 iman kan?(:

ikhmal said...

tanpa nama; yeah, benar kata2 anda =)

Anonymous said...

ikhmal-kalau orang luar tegur.mesti kite kena balik.sbb tuh dieorang ni diam je .