Pantang aku adalah bila baru kenal tak sampai 5 minit 25 saat,dah panggil orang tu sayang,aku memang tak suka,taktaulah korang macam mana pulak,pendapat manusia semua lain-lain.
zaman sekarang ni,betapa senangnya untuk cakap sayang dekat siapa-siapa,Lelaki,especially korang mesti tahu yang perempuan ni cepat perasan,walaupun kau senyum dekat dia pon,.nanti dia cakap korang suka dekat dia,inikan pulak korang panggil dia sayang.lagilah berbunga-bunga hati dia,kalau korang betul-betul maksudkannya tak apa jugak,tapi kalau dekat semua perempuan korang panggil sayang,tak ke macam lahanat perangai korang tu?
Tapi aku tak percaya wujudnya cinta dalam masa dua hari atau seminggu,yelah walaupun hari-hari main message,kalau lewat 4minit je dah message "awak,kenapa lambat reply message saya?",mula risau tak tentu pasal,pada aku mungkin korang keliru dengan perasaan korang masa tu,aku rasa korang dah suka sama suka antara satu sama lain,bukan cinta antara satu sama lain.Korang sendiri tau,orang yang kita suka,akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang.
Percayalah cakap aku,bila korang jumpa yang lagi terbaik dari ladang,cantik,hensem,tak membosankan,mesti korang akan tinggalkan orang yang awal-awal korang panggil sayang tu.Itu namanya korang dah mainkan perasaan manusia yang tak bersalah.Yeke manusia yang tak bersalah?Bersalah jugak kot sebab melayan dan cepat percaya orang yang baru dia kenal.
Masing-masing dah dewasa,tapi kalau masih nak hidup dalam dunia fantasi.cewaaahhh.Sila teruskan takde sapa nak marah korang pon.cuma sesetengah orang akan panggil korang bebal lah kot.Teruskan layan mana-mana lelaki atau perempuan yang baru kenal korang dan panggil korang sayang,rindu,cinta pada korang,dan sila observe dalam masa seminggu dua,adakah korang masih diperlukan dalam hidup dieorang atau tak.Atau dalam bahasa kasar aku nak cakap dekat sini ialah sebenarnya dieorang nak jadikan korang tempat melepaskan bosan je.Sekian.Bye.
P/S:Aku tak tujukan kepada sesiapa,cuma ini adalah realiti kehidupan.Bye lagi.
8 comments:
salah ke sayang menyayangi? bukan ke nabi suruh camtu, tp bukan bermaksud berlebih lebihan..
mmg tak salah.hbs tuh kalo dah baru kenal tadi.pastu ckp syg,cinta rindu?tak slh ke?itu nama die lebih2la tuh. bru kenal dah ckp syg2,cinta,nampak sgt membohongnye.huhu
owh..kalo cinta tu mmg la bohong baru kejap kenal dah cinta, tp kalo sayang biase la..tp jgn la salah erti, kene bezakan antara cinta sayang suka...those words have different meaning i think..just my opinion..but nowadays people can easily fall in love kan..haha
haha.awk yg slh baca maksud entri sy ni.sila baca btol2 lenkali eh
setuju!
memang hairan bila baru kenal tiba2 dah timbul sayang blablabla lepas tu kapel. heh. bila putus,senang gila dapat yang lain dalam masa beberapa hari je.
perempuan kena jual mahal dan lelaki kena sabar la.itu tanda korang serius.heheh
Nice and Cool Blog
Follow my blog back at outsyedtheboxes.blogspot.com
TQ
nurdani-Lepas putus senang dapat pengganti sebab dia guna taktik yang sama untuk dapatkan pengganti tu.tak gitu?hehe:P
Syed-Tak nice pon biasa je.Aahhaaaa
Post a Comment