I appreciate them.

Tuesday 17 May 2011

Faker di Facebook




Bukak facebook je,tiba-tiba korang cakap "eh cam kenal je muka ni,.ni macam muka aku,tapi bila masa aku buat lagi satu profile ni?confius jap".Sila jangan jadi bingai,itu adalah faker anda,yang menyamar menjadi anda.
Setakat ni,belum ada lagilah yang sanggup nak gunakan picture aku untuk menjadi faker,sebab aku bukan hot pon kan.Sebelum tu,yang baca entry aku ni.tau tak masuk faker tu apa?menurut google translate yang tak berapa nak betul ni Faker bermaksud pemalsu,penyamar,sebut betul-betul ya anak-anak.F.A.K.E.R bukan F.*.*.K.E.R, huruf harus dikaburkan sebab budak bawah umur sedang baca blog aku ni.

Kalau nak diikutkan terlalu banyak faker dekat facebook ni,mereka sesuka hati je amek gambar orang lain dan claim itu adalah gambar mereka,know what?walaupun korang ada 900 friend requests,it doesnt mean that you are really famous,but 600 out of 900 nak jadi stalker terhebat korang dan just nak scroll gambar korang je,ada yang sesuka hati amek gambar korang dan simpan dalam laptop,dan the worst is,mengaku yang korang ni pasangan dia.macam mana tu?aku pernah kena sekali,kawan aku bagitau aku yang kawan dia curi gambar aku,bila kawan aku tanya dekat dia,"kau kenal ke dia ni?" dia cakap dia kenal aku..kawan aku tanya balik "nama budak ni apa?" dengan slumber dan yakin dia menjawab "nama dia siti and dia skandal aku" aku tak kenal dia langsung dan aku dapat tahu,dalam laptop dia ada berjuta-juta gambar awek awek dalam Fb,untuk koleksi dia,.aku taktau dia buat apa dengan gambar tu semua.

Sebelum seseorang menjadi faker,dia akan menjadi stalker terlebih dahulu,yela nak imitate korang haruslah tengok gaya bahasa korang semua kan tapi tak semestinya jugak,kadang-kadang they took our picture  via google image,dia nampak cute je,tu yang dia amik.

Tahu kenapa mereka ni suka sangat jadi faker korang?mesti korang tertanya-tanya kan?

Aku rasa salah satu sebabnya adalah mereka membenci korang,mungkin sebelum ni korang ada buat mereka ni sakit hati dan mereka dah berikrar nak jadi stalker dan faker korang,lagi baik dari mereka bomohkan korang kan?


Mungkin jugak yang mereka ni loser,pemalu atau takut untuk dedahkan diri sendiri,sebab mak dia dah pesan dah "jangan jual muka dekat facebook".okay tak lawak.I mean they insecure,tak yakin pada diri sendiri,sebab tu mereka amek gambar korang dan sebab tu ramai yang guna gambar artis korea sebagai default.MAYBE.

Ada jugak faker yang jadi faker korang,sebab dia nak kelirukan atau menggunakan profile korang untuk add orang yang dia tak suka,sebab korang kan hot,of course la,bila dia guna gambar korang dan add segala macam jenis orang,mereka akan approve,kalau faker guna gambar sendiri,mungkin orang tu tak approve.got it?


Ha,ni lagi satu yang korang kena berhati-hati dengan faker ni,aku takut mereka ni nak jatuhkan korang dan nak buruk-burukkan korang dekat orang lain.post status yang tak semena-mena,but kalau perangai korang pon dah sama buruk,tak dapatlah nak cakap apa.

Satu je kebaikan faker ni,dia dah famouskan korang,tapi dekat facebook jela kan.Tapi hati hatilah dengan semua social network,
tak kiralah facebook,myspace,tagged,friendster,semuanya tidak boleh dipercayai,Ia boleh menjadi tempat dapat musuh,dapat kawan baru,bergosip,tempat menunjukkan kelemahan sendiri dan dan tempat untuk Hackers menguji bakat mereka.

P/s:jangan sesuka hati approve orang yang tak dikenali,ataupun yang guna gambar kartun dan yang paling penting,jaga kelakuan ketika berfacebook.

Tapi ada jugak yang cakap,once we uploaded our pictures on internet,the pictures are automatically public ownership.betul ke?okay bye.

3 comments:

ekabukanmakcikkau. said...

Alaaaaaaaaaaaaaa , aku fake hayley william . Hayley bangga ahh , aku fake kau . Heh

dya mohamad said...

eh kau ni kena sedas dua best ni.ahahaha.wahh bangga aku blogger yg aku suka komen blog aku.ahaha
cpat wat entri baru aku nak baca!

FARA said...

fara dah kene kak benda neh . siyes geram gila . tp faker fara tuh pandai. dye setting profile baik punye, fara rase maybe dye da plan bnda tuh lame kot thts y susa nk dpt ape2 info dri profile dye. siap wat dua acc lagi bila yg first tuh dah kantoi.pas fara kene tuh terus hide pix , huhu