I appreciate them.

Sunday, 26 June 2011

Percaya tak?Best gila pakai tudung

Okay aku buat entri ni sekadar untuk kita semua berfikir dan ini adalah pandangan aku je.Aku taknak sesiapa pon sakit hati dengan apa yang bakal aku katakan ni.Siapa yang agak-agak tak boleh terima dengan apa yang aku post ni,aku nak mintak sangat jangan baca,bukan aku nak mintak maaf.Betul.Ini serius.Jangan baca kalau tak reti membaca.eheheh.

Relaks lah kawan,dulu pon aku free hair,pakaian tak tutup dedah sana sini,sosial,aku tak malu untuk mengaku kesalahan lampau aku sebab aku ingin menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk diri aku sendiri,Dulu aku rasa aku lah paling hot sekali dekat Pavillion masa malam new year 2011,tapi sebenarnya tak,akulah yang paling hot dalam neraka nanti.Sesiapa yang dah add account facebook aku,mungkin mereka akan serba sedikit tahu tentang masa lampau aku dan mereka juga tahu kenapa aku berubah melalu  notes yang pernah aku post di facebook.Mungkin kalau aku freehair sekarang aku akan post entri "percaya tak?Best gila rebonding rambut".Tapi masalahnya sekarang aku bertudung,haruslah entri tentang pakai tudung kan.

Bila aku dah bertudung ni,semua perkara aku rasa seronok,dulu kalau aku balik kelantan je,aku kena pura-pura pakai tudung sampai aku rimas,aku ingatkan semua makcik aku taktahu yang aku free hair,seksi meksi dekat KL,kiranya aku ingatkan rahsia aku tersimpan baik punya dari semua orang kelantan,aku block makcik aku dari facebook aku,rupanya tanpa aku sedar isteri pakcik aku add aku,dan aku main approve je,so dari dialah semua orang tau kegiatan aku tu,rasa malu pon ada bila ingat.Bila aku dah pakai tudung ni,masa aku balik  kampung haritu semua orang cakap "alhamdulillah ,awak insan yang dipilih Allah s.w.t untuk mendapat hidayah."
Makcik aku cakap lagi sebenarnya mereka dah lama nak tegur tapi taktau macam mana caranya.Bila aku dah bertudung,ramai komen dekat album aku,aku layan semua orang macam biasa dan aku boleh tak sedar dalam ramai-ramai tu,salah seorang tu makcik aku dekat kelantan.Sila baca comment makcik aku dibawah.



Dah habis baca?Baiklah aku malas nak membebel panjang pasal kisah jahiliah aku,Meh lah aku share dekat korang apa yang aku rasa best sangat bila pakai tudung ni,cakap pon tak guna kan,aku explain satu-satu,nak baca,silakan,kalau tak,mak tak kesah nok.

#takpayah fikir nak tiru gaya rambut siapa,artis mana.
Dulu kalau masa aku free hair,hujung minggu,aku akan keluar untuk memarketkan diri yang tak berapa nak market ni dengan kawan-kawan aku yang semuanya lelaki,sebelum aku melangkah keluar,aku akan ke salon berdekatan dengan rumah aku untuk set kan rambut aku,aku suka buat rambut volume,duet aku habis takpa,asalkan aku puas hati dengan rambut aku,barulah aku pergi pavillion,times square,KLCC.Aku free hair dari tahun 2005 sampai awal tahun 2011,selama itu jugaklah macam-macam jenis fashion rambut aku dah buat,gaya rambut emo pendek macam lelaki,warnakan rambut,curl,heh semua sekali lah,sampaikan rambut aku rosak.Tak cukup dengan tu,aku akan cari majalah terbaru untuk tengok gaya rambut  yang uptodate,cara nak jaga rambut semua aku baca.SEKARANG ni,aku tak jaga sangat rambut aku.Dulu pakai elseve,sekarang pakai sunsilk,lagi murah.

Ha,kaver dengan bantal.

#sesuai dengan semua majlis
Bila kita dah pakai tudung ni,kita akan rasa lebih selamat untuk kemana-mana,sebab memang sesuai untuk semua majlis dan dimana jua.Macam aku pernah cerita dulu,aku taktau pon yang majlis perkahwinan anak kawan ayah aku dekat masjid,so aku free hair,last2 kena halau dengan guard dekat situ sebab dia cakap tak tutup aurat tak boleh masuk.Cuba bayangkan korang pergi majlis penyampaian hadiah lepastu tiba-tiba ada bacaan yasin,tapi time tu korang free hair skirt atas lutut,tapi korang baca jugak yasin tu,tak ke macam pelik tu?.Okay kalau taknak bayangan macam tu,Cuba bayangan lain pulak,Masa korang jalan-jalan dekat Pavillion tiba-tiba ada bacaan doa dekat situ,takkan nak baca doa dengan dress and rambut kaler merah?

#senang nak ke surau dan masjid
Bukan aku cakap yang free hair tak boleh nak ke masjid ataupon surau,boleh tapi adalah lebih sopan dan mengikut hukum agama serta tidak mencemarkan tempat suci kita itu apabila kita memakai tudung sebab setiap surau dan masjid akan ada papan tanda "kawasan menutup aurat".Eh tak kesahlah lelaki ataupun perempuan,kena tutup aurat jugak.Meh aku nak cerita,dulu masa aku free hair,mak aku selalu pesan bawak tudung sarung spare dalam kereta,nanti senang.Bila nak pergi surau je,aku akan sarung je tudung ataupon selendang,dah lepas dari surau aku bukak balik,masa tu aku rasa aku ni seorang yang sangat jahil.Dan aku mengaku masa aku free hair dulu,if aku hangout dan masuk waktu solat,aku tak akan ke surau ataupon masjid sebab masa tu prinsip aku ialah aku takkan masuk masjid dan surau kalau tak bertudung sebab aku rasa aku menghina tempat itu.Betapa jahilnya aku.
Masyallah cantiknya dia!

#boleh dijadikan telekung
Siapa yang pakai tudung labuh tu,Alhamdulillah tudung tu boleh digunakan sebagai telekung,takpayah susah-susah nak bawak telekung kan.Aku memang respect orang yang pakai tudung labuh ni,sebab pada aku mereka ni telah betul-betul menjalankan tanggungjawab mereka,lagi-lagi yang pakai purdah.Kalau depan aku ada Kilafairy yang tinggi lampai,badan cantik dengan si perempuan berpurdah yang pendek,badan comel,aku tetap akan pandang si perempuan purdah itu lebih cantik.

tapi jangan pulak jadikan tudung ni untuk menutup semua kejahatan yang kita lakukan,kiranya pakai je tudung tapi perangai hampeh macam longkang.Tapi untuk pengetahuan semua ayah aku cakap,tak kiralah perangai orang pakai tudug tu macam mana sekalipon,bila dia dah pakai tudung,kita telah menjalankan salah satu tanggungjawab kita pada Allah.

Jap korang ingat senang ke nak decide untuk pakai tudung,korang ingat senang?bertahun aku tunggu benda ni akhirnya alhamdulillah aku dapat jugak pakai tudung.Dulu aku jenis yang sekejap pakai sekejap tak.Tapi sekarang  bersyukur gila,awal 2011 Allah s.w.t telah membuka pintu hati aku untuk bertudung.Lagi satu bila kita dah biasa  free hair,tiba-tiba berubah untuk bertudung,di awal perubahan kita akan rasa "Eh smart nya perempuan tu pakai skirt,hotnya dia.Aku nak macam tu jugaklah.Bukak lah balik tudung ni.Masih tak terlambat sebab aku baru je pakai tudung,So,orang akan faham kot.Aku rasa aku tak bersedia lagi."
Percayalah.Aku dah alami dah semua ni.

P/S:Hormati orang yang tidak bertudung kerana mereka juga makhluk Allah s.w.t yang inginkan perubahan yang baik berlaku pada mereka juga,jalan yang terbaik dari kita adalah untuk mendoakan mereka bukan mengutuk mereka.

23 comments:

NuRuL ZaHiRaH said...

kita sama kita setuju kita suka :)

perbezaan itu kita sendiri yg akan rasa.
ape2 pon, alhamdulillah.
kita same2 t'bukak hati dan minda untuk berubah ke arah kebaikan.
:)

dya mohamad said...

nurul zahirah-Kemanisan perubahan itu akan kita rasa apabila kita ikhlas melakukannya kan.insyallah(:

buaya said...

terima kasih kerana memberi sedikit pandangan tentang blog buaya-merah..

anakdenesor said...

la iera igt dya mmg pkai tudung dr dulu lagi..hihhi...

miss nanti share la cmner tergerak hati nk pkai tudung...leh x?hohihi

amalhaj said...

"alhamdulillah ,awak insan yang dipilih Allah s.w.t untuk mendapat hidayah."

Elakkan dari bertudung sebagai fesyen kerana ramai bertudung tetapi masih menampakkan aurat.

Aimie JAY said...

I agree wit u yunk.. I pun mmg freehair dari kecik lagi and now mase bulan 2 hari tu I brubah I pkai tudung. Coz sbb my ex.. Bukan lahir dari hati I.. Tapi I ikhlas.. Then, sejak I da break gn dye I teruz berubah balik.. I balik ke diri I yg asal.. I mmg nak bertudung but kali ni biar la ia lahir dari hati I.. Bukan sbb org lagi.. Tapi xtaw laa bile..

khadijah said...

alhamdulillah, satu perubahan yg baik, cantik awk pakai tudung..:)

Anonymous said...

alhamdulillah..dya cantik la bertudung camni :D

dya mohamad said...

buaya-its okay.aku harap kite blh same2 improve dlm dunia blog ni.

dya mohamad said...

anak denesor-ehhe.taklah bru je.awal thn ni.insyallah nnt dya share tp awk add je fb sy.mcm2 leh dpt.ahaaha:P

dya mohamad said...

amalhaj-insyallah.dya tengah cuba utk menjadi yg terbaik lg(:insyallah

dya mohamad said...

aimie jay-syg,kalo you brubah sbb orang mmg takkan lame.takkan ikhlas.biarla ia dtg dr hati.ikhlaskan dri.insyallah.i doakan semua kwn i ye yunk(:

dya mohamad said...

khadijah-maseh(:

dya mohamad said...

cheqwa-hehe.yeke cheqwa?maseh.heheh:P

Damn Nations said...

sejuk mata memandang... hehehe

dya mohamad said...

shuk archie-hehheh(:

dya mohamad said...

fariza-syukur(:

A'an said...

wow,, saya pun baru2 nak belajar pakai..
sebab most of my family pon free hair.. tapi saya akan cuba.. insyaAllah. :)

dya mohamad said...

A'an-insyallah.cuba sebaik mungkin ea.ikhlaskan hati tekadkan dri.jgn pndg ke belakang lgsng.ingt diri kita je.insyallah.Allah akan bantu(:

~RuRa~ said...

nice entry... sy sukeeee...^_^..!!

dya mohamad said...

rura-yee?ehehe:)

fauzi sulaiman said...

menarik betul cerita ni.moga kekeal dgn image itu,,,amiin.

dya mohamad said...

fauzi sulaiman-insyallah.(: