Maaf entri ini agak panjang.
Tok ayoh adalah gelaran bagi atok aku yang bernama Abdul Rahman b Hamad lahir pada tahun 1936,seorang yang sangat tegas terhadap cucu dan anak-anaknya terutama perihal agama,kami mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia dan harmonis.
Hari isnin,20jun2011,aku dan kawan baikku berada di Times square kerana kami berjanji untuk menonton wayang bersama,ketika aku sedang makan bersama kawanku,aku menerima satu panggilan daripada ayahku yang mengarahkan untuk aku balik ke rumah dengan segera untuk terus pulang ke pulau melaka,Kelantan kerana tok ayohku telah dimasukkan ke dalam hospital USM kubang kerian,aku segera memandu laju keretaku untuk segera sampai ke Gombak,ayahku menunggu aku dengan sabar,selepas itu,kami terus bertolak untuk ke kelantan pada jam 7petang.Perjalanan untuk ke kelantan mengambil masa selama 8jam.
Tiba-tiba ayah aku mendapat panggilan daripada adiknya,ayoh zi yang mengatakan Tok ayoh sudah tiada lagi.Setelah itu aku terus menangis dan mengatakan "ayah,kita tak sempat nak jumpa tok ayoh sebab kita tak balik kg haritu".
Aku terus menangis tidak henti kerana Demi Allah yang esa aku sangat sayangkan tok ayoh.Apabila kami sampai di Raub,ayahku berhenti di tepi jalan dan menekup mukanya lalu menangis,air mata seorang anak pertama mengalir dengan derasnya,aku tidak mampu lagi menahan sebak.Pertama kali aku melihat air jernih itu mengalir daripada pipi ayahku.Tetapi ayahku tabahkan hatinya apabila dia berhenti menangis dan berpura-pura gembira untuk menyedapkan hatinya.Aku tahu.Sebelum terjadi semua ini,semasa solat maghrib,kami berhenti di masjid bentong,aku melihat kesungguhan ayahku berdoa untuk kesihatan ayahnya.
Kami sampai di kelantan pada pukul 4pagi.Lampu kampungku masih terpasang,Seluruh ahli keluarga berkumpul dan tidur di ruang tamu sementara aku dapat lihat sebujur tubuh kaku diselimutkan.Tubuh itu sangat ku kenali,tubuh itu kurus daripada biasa tidak seperti 5bulan yang lepas.Aku bertambah sebak apabila aku selak wajah itu,dan mukanya bersih,Ya Allah.Mengapa kau mengambilnya ketika aku masih perlukannya.
Dua minggu sebelum tok ayoh pergi,keluargaku pulang ke kampung selama seminggu tetapi aku tidak dapat turut serta kerana urusan kerja.Aku menyesal sangat kerana tidakmengikuti mereka!Sekarang aku sangat terkilan!Sebenarnya makcik aku cakap tok ayoh sudah berpesan kepadanya jangan beritahu kepada ayah aku yang tok ayoh tak sehat,pengsan sebab dia taknak ayah aku risau tapi tak sehat sebab apa itu tok ayoh sendiri taktau sebenanya sebab tok ayoh tak pernah sakit.Tapi lepas pergi hospital baru tau yang tok ayoh ada kanser pankreas tahap kritikal tapi tok ayoh masih kuat lagi.
Hari-hari tok ayoh ke surau menaiki motor,entah kenapa satu haritu,dia jatuh dari motor dan masuk ke dalam lubang,hati mana yang tak risau.
Dua hari sebelum tok ayoh meninggal,nenek aku cakap tok ayoh asyik pandang nenek aku,lama,tapi tak berkata apa-apa,lepas sembahyang dia akan baring atas sejadah dan kiamkan badannya seperti orang yang hendak meninggal dunia,ketika itu makcik aku bermonolog "ayoh ni dah nok g ni".Makcik aku pernah menyuruh tok ayoh untuk duduk dekat hospital tapi tok ayoh boleh cakap "toksir lah aku.susoh aku nok semaye nanti"maksudnya "takpayahlah.susah aku nak solat nanti".Ya allah.tok ayoh terlalu menjaga solatnya walau apapon yang terjadi,tanggungjawab pada yang satu tidakpernah dilupanya.
Tok ayoh tak sempat menjamah roti canai yang dibeli untuknya yang masih tersimpan rapi dalam peti ais dan tok ayoh juga tak sempat untuk melihat pakcik aku kahwin pada raya ke tiga nanti.
Lepas ni,Tiada lagi orang yang akan mengejutkan kami untuk sembahyang subuh "bangun bangun!subuh!".Tiada lagi tok ayoh yang duduk di atas kerusi malas sambil menonton cerita pramlee.Tak akan terhidang lagi lauk nasi kosong dengan ikan kering,tiada lagi kedengaran motornya ketika dia baru pulang dari surau,tiada lagi suara merdu alunan zikir,tidak dapat ku lihat lagi tok ayoh membaca alquran dan membuat solat sunat,tiada lagi tok ayoh bersama kotak ubatnya,tiada lagi tok ayoh yang memakai baju kemeja berkain nipis kotak-kotak bersama kain pelikat.Tiada lagi manusia yang bernama Abdul Rahman B Hamad.
Sebelum tok ayoh dikafankan sepenuhnya masing-masing berebut untuk mencium wajah itu buat kali terakhir termasuklah aku,cucunya yang ke empat.Ku cium wajah itu dan didalam hati aku megatakan "kita sayang tok ayoh!semoga aman disana".
Aku melihat di sekeliling kampungku,masih terdapat lagi baju,seluar,kain pelikat tok ayoh.ingin ku peluk cium semuanya dan jerit "KITA RINDUKAN TOK AYOH!"
p/s:ketika menulis entri ni aku sedang menangis.tolong doakan tok ayoh aku ya.Semoga tok ayoh diletakkan di kalangan ahli syurga.Amin
22 comments:
innalillah~ semoga roh atok awak ditempatkan dalam kalangan owg yg beriman. aminn :')
misskawaii-thanks awk.insyallah.
eh eh.cam kenal la(:
hahaha. yeke kenal ?
haihh.kenalla ape yg tak kenalnye.cube ingat blek.huhu.takpelah benda dah lepas(:
huhu. kalau dya kenal sebab membe that gurl, forget it. bukan membe dah. pffft~ dya WAJIB bace NOM 14 dalam entri tentang SMZ tue
demm.nape syg?cecitececite(:
ntah lah. ramai membe dia dah nanges sebab dia. and diorang dah tak layan dia. dah ramai yg terkena. biar lah dia. btw, dia pun ade blog :)
biarka die you.bukan slalu manusia di atas.i dah tawu lame pasal die tuh(:
hehe.yeke?taknak tgok nnt sakit ati tengok die.heheh
dari ALLAH kta datg,kepada ALLAH kta kembali.AL-FATIHAH.
cik anon-AL fatihah.semoga yang telah kembali kepadaNYA ditempatkan di kalangan orang yang beriman.AMIN
Daghi Allah dier datang kepader Allah dier kembali. Salam takziah dan al-Fatihah untuk rohnya.
takziah. ada hikmah setiap yg terlangsung
Alfatihah... moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. insha allah.. amin...
Yang menarik,
TAK SABAR-SABAR
shawn-maseh.(,:ye ade hikmah tp still sedih
amni-maseh.insyallah.insyallah.insyallah.
al fatihah..kuatkan semangt..
orang yg menjaga solat memang tempatnya di syurga..amiinn.
innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah dr sy..
-hijaz
anak denesor-ye.doakan tok ayoh dya ea(,:
nobita-insyallah(,:
cik anon-(,:
AL-FATIHAH..YA ALLAH YA TUHAN KU kau letaklah hamba2 mu ini di kalangan org yg beriman dan soleh
Post a Comment