I appreciate them.

Tuesday, 10 May 2011

A chocolote Ice cream cake for her

Walaupun aku tengok ramai dah post pasal hari ibu tepat pada 8may2011 tapi aku agak lambat dan walaupun mungkin pasal hari ibu ini sudah ketinggalan sebab tarikh hari ni bukan 8may2011,aku peduli apa.aku nak post jugak.(:




Nama mak aku Robiah Bt Noordin,lahir dekat seberang perai.Apa yang special tentang mak aku ni sampai aku sayang sangat dekat dia?sebab dia comel,kalau tak percaya sila baca link ini,kalau setiap kali aku baca link tu,mesti aku gelak sendiri,walaupun aku yang type sendiri,tapi aku rasa kelakar pulak.Oh.soalan lain,kenapa aku sayangkan dia walaupun dia garang gila?sebab dia yang melahirkan aku,kalau tak ada dia,tak adalah aku untuk menaip dan mencipta blog aku ni.Lagi satu yang membuatkan aku teringatkan dia sangat-sangat adalah,hari jadi aku,2orang abang aku dan mak aku berada di bulan yang sama,hari jadi aku 31.may,Mak aku 29May.Abang Nombor 2 aku 14may,Abang Nombor 1,13May.sweet kan?
selalunya untuk sambutan hari jadi,kami akan buat sekali je,sebab meriah.eyyy.tak sabar aku nak tunggu sebab sekarang dah bulan may kan kan?huhu.

Hari sabtu,7may2011,aku ada final paper security pada jam 2.15 sampai 5.15,masa aku tengah jawab exam tu,hati aku berkobar-kobar nak balik Gombak.Yela aku stay dekat shah alam dengan member2 aku.Bila exam dah habis je,aku terus pecut lalu duke dengan kelajuan 130.hehe.tak laju kan?ni kalau mak aku tahu,mampus aku.haha:D
gambar takde kene ngene dengan entri ini

Sampai je dekat gombak,aku decide nak beli cake untuk mak aku,so aku pergilah Kedai cake king,memang ramai gila customer,yang paling ramai cina dan india,aku rasa aku sorang je melayu.Then aku tanyalah harga untuk cake mother's day special berapa.kau tahu berapa?RM78.00.Secret recipe pon tak macam tu kot.aku ni dahlah miskin,so aku decide lah untuk beli pistachio cake half KG je.tuhpon RM38.00.ahhh bantai jela demi mak aku.tiba-tiba aku teringat yang aku ada king member's card  and sekarang ni bulan 5,their rule is,"barangsiapa yang ada members card dan harijadinya jatuh pada bulan tersebut,maka dia boleh beli cake 1KG dengan half price,hari hari beli pon takpe,tapi mesti bulan hari jadi.".ha.ape yang slow sangat aku ni,cancel half kg,aku hamek 1kg terus.teka berapa harga dia?malas nak teka?FINE!dari RM72.00 becoming RM36.00.dahlah 1KG of chocolate icecream cake for RM36.00berbaloi baloi kan?

bored with sponge cake?try this one!



dipendekkan cerita,aku sampai rumah dalam pukul 9.00 malam,tapi yang aku bengang mak aku tak ada dekat rumah,demm!aku baru nak buat surprise dari luar ketuk pintu pastu cakap surprise kat mak aku macam eric leong.haihhh.bila adik aku call ayah aku,rupanya mereka dekat sungai buluh,saudara aku kawen,terpaksalah aku tunggu mereka balik sampai pukul 11.00 malam.

Aku dengar je bunyi kereta mak aku,.terus aku kelam kabut hamek cake dan bunga,bila dia bukak pintu je.aku cakap "mak,happy mothers day.ha suka tak suka tak?"haha.aku siap pesan lagi dekat mak aku."happy mothers day mak,semoga panjang umur.and takmau garang2 lagi eh?"heheh:P

dya,gambar ko wat surprise mana?gambar?time ni aku tak pakai tudung,pakai kain batik serta baju lusuh.malu.so no gambar.lalala:D

so delicious.yummm
adik aku pulak terlebih excited sebab dia tak sabar nak makan cake tu.dahlah first time aku nak merasa cake ice cream.kesian kan aku.uhuhu^_^"
Tiba-tiba ayah aku tanya kat aku,"untuk ayah takde ke?"alamak ayah aku ni.ofcourse la hari bapa nanti kita beli benda lain pulak untuk ayah,takbleh jeles2 dengan mak eh.jom potong cake dengan mak tau ayah!

psangan secocok selamanya.

Aku just nak tunjukkan penghargaan aku pada mak aku yang tak pernah sekali buang aku dari hidup dia walaupun aku ni anak yang sangat nakal.perhatian!aku memang sangat nakal berbanding adik beradik aku yang lain.terima kasih mak!

abang num2,mak,aku,adik last.jap apsal aku nak gelak ni?

p/s:cepat2!jadi ahli king!tak rugi!dapat voucher yang banyak lagi!sedap dan murah!ayuh!:)


 seriously anda tak akan menyesal memilikinya!Apply now!

6 comments:

sieliybombastik said...

hahaha, shweet jer ! mmg lah, kdg2 mak ko grng. yerla, ko pon 2x5 je grng, kalo marah, puting beliung pong kalah, KAHKAH. jgn marah. :DD

Miwa Mohamad said...

betol tu eliy ;p aku sokong 15% . hahahahahaha . 85% lg aku sokong yg dian ni nakal . mmg nakal ! mmg !!! :D

sieliybombastik said...

hahaha, nakal tuh mse kecik jer lh, skng tade , skng gedik terlebih, hahaha. oppps ! terlepas sudahhh

dya mohamad said...

yela korang mengata aku kan.takpe2,.ko pon gedik mira.suke hon kalo jantan lalu.hahahah:DDD

Anonymous said...

canteknya mak kamu :)

dya mohamad said...

cik ayin-mak sy cantek?yeke?hehe:PP