AMARAN!ENTRI INI AGAK PANJANG!KALAU BACA ALHAMDULILLAH,KALAU TAK BACA,KAU BOLEH BLAH.ADA AKU KISAH?
Eh sedap pulak pantut diatas ni.Assalamualaikum semua pembaca.Apa khabar?ada sihat?Hari ni aku nak bahasakan diri aku ana boleh?Feeling arab sikit.Boleh apa yang tak bolehnya.Sesiapa pembaca tegar blog ana yang tak berapa nak meletup ni,pasti tahu pasal semua entri ana.Oh yang berkaitan dengan agama ada jugak.Tapi sikit yang banyaknya adalah isu yang dibangkitkan ana sendiri,jadi hari ni ana decide buat entri untuk renungan sesama muslim.Memandangkan sekarang ni bulan puasa,apa salahnya ente semua menambahkan ilmu di dada tu.Ish ish ish.Sambil geleng kepala 3kali.Ente semua jangan asyik baca entri mencari hantu je dalam blog ana ni.Sekali sekala mari baca tentang agama pulak dalam blog ana ni.
Hari tu ana ada baca satu buku lah,tajuknya 75 peristiwa akhir zaman,Ehem,ya kita sekarang berada di akhir zaman bukan pada permulaan zaman ya.Kita semua digelar manusia akhir zaman,bila berakhirnya zaman itu?Bila munculnya tanda-tanda kiamat besar yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.Baiklah sekarang ni sila lihat sekeliling ente dan bandingkan dengan apa yang bakal ana huraikan nanti.Oh sambung dengan ayat ini Di sekeliling ana banyak sangat...
1.Golongan yang meninggalkan solat
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Akan lahir setelah enam puluh tahun-meninggalnya rasulullah generasi yang mengabaikan perintah solat dan megikut shawat dan mereka akan mengalami kesesatan.Kemudian akan disusul oleh generasi yang membaca alquran,namun bacaan tersebut tidak sampai melampaui tulang selangka mereka...."
Cuba jeling kiri kanan.Berlambak tak orang macam ni?herm,Bukan orang sekeliling ente je,kadang-kadang ana pon buat sama,yela kita semua hanya manusia biasa.Tapi takkan ente semua nak berdiam diri je?Solat tu tak susah pon kan?5minit je.Oh berfacebooking boleh pulak sampai 5jam,ni solat 5minit je.Susah?Ya memang susah bagi orang yang anggap ia menyusahkan.Kita telah menjadi salah satu daripada golongan ini ya sahabat.Masyaallah,Adakah kita hanya mahu berdiam diri sahaja?lakukan sesuatu!Solat!
Apa yang Rasulullah S.A.W katakan itu telahpon menjadi kenyataan,tapi kita masih tidak takut kan?
2.umat islam diperangi
"Hampir saja bangsa-bangsa lain akan datang memperebutkan kamu.."
Kita semua harus terima bahawa inilah yang telah terjadi pada masa kini,walaupun bilangan umat islam kini lebih ramai daripada agama yang lain,tapi agama kita sering diperangi.Buktinya?Ala kalau ana tak bagi bukti pon ente semua sudah tahu bukan?Ana paling sedih bila ana google nama ana Dya mohamad,akan keluar draw Muhammad's day.Mentang-mentanglah nama walid ana Mohamad,terus keluar draw Muhammad's day.Tak percaya?cuba try test tengok.
Dimanakah maruah umat islam masa kini?Dipijak-pijak sesuka hati oleh kafir laknatullah.Tapi yang paling menyedihkan dan teruk adalah umat islam sendiri menindas agama sendiri,ente semua tengok makcik hajjah sitt alwuzra,dengar cerita dah terbongkar dia siapa,seorang cina muslim yang bernama seperti di bawah,
Betulkah ini makcik tu? |
Senang-senang je dia kutuk islam padahal dia pon islam.Tak takutkah kita bila islam tiada lagi didunia ini?Ana ada baca dalam satu buku agama,katanya,semua kafir laknatullah hidup di bumi ini hanya kerana masih wujudnya umat islam.Jika tiada lagi umat islam,apa yang akan jadi pada bumi ini?Lu fikirlah sendirr.EH silap.Ente fikirlah sendiri!
3.Pemimpin yang meninggalkan solat
Bila kita nak memimpin orang,diri sendiri tu kenalah betul dulu,itu yang selalu ana dengar,tapi bagi ana tak semestinya,mungkin pemimpin itu hebat dalam perkara lain,tapi dia tak hebat dalam perkara solat?kan?ana ada double meaning bagi ayat di atas ni.Ente fikirkan.Taknak fikirkan?Maknanya ana tengah perli la tu.Apalah ente ni,itu pon tak dapat tangkap.*hehe.
"akan datang sesudahku para pemimpin yang meninggalkan solat pada waktunya.."
Marilah ana kongsi sedikit pengalaman ana,dulu waktu ana bekerja,ana akan mengambil sedikit waktu untuk bersolat,tak kiralah waktu tu sikit atau banyak,waktu ana minta izin dari pemimpin ana untuk bersolat,dia hanya membalas"cepat sikit".Disitu ana agak pelik sebab kenapa dia tak ikut ana sekali bersolat?sedangakan ramai lagi pemimpin yang lain boleh cover dia?Yang paling mengejutkan ana pemimpin itu pernah berkata "siapa yang kerja dekat luar tak payah solat,pemimpin lain semua busy."Ana no komen,sebab ana juga tidak sempurna.Oh takutnya bila mengenangkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t telah terjadi perlahan-lahan.Sila lihat sekarang siapakah pemimpin anda?
Walaupun sekarang ni bulan puasa,shaiton dah kena ikat,tapi ana percaya ramai je manusia yang berperangai macam shaiton,dah tak tahu bezakan bulan puasa dengan bulan biasa.Yela masa tak puasa,biasa sangat pergi club,minum arak,so masa bulan puasa pon kena buat jugaklah.Sebab apa?Dah terbiasa.Tahukah mereka bahawa setitik air arak yang diminum,amalannya tidak diterima selama 44 hari.Jawapannya tahu,tapi kenapa buat jugak?Apa lagi manusia yang bereperangai shaiton?Merogol budak,bunuh.Oh ya,kes terbaru ni mayat seorang pendatang asing telah dikerat dan disumbat dalam lubang jamban.Shaiton ke tak shaiton perangai macam tu?Nak ke kita semua disumbat dalam neraka bersama shaiton shaiton tu semua?Masa tu,jangan ingat shaiton,iblis nak bela kita,tapi dia akan cakap "siapa kau suruh ikut apa yang aku cakap".Masa tu siapa yang nak tolong kita?Amalan kita.Tapi adakah amalan kita sudah cukup?
5.Manusia yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa
"sesungguhnya di antara tanda kiamat,seseorang akan memberi salam kepada orag lain,yang tidak diucapkannya kecuali kerana sudah kenalinya"
Herm,ana rasa perkara ni takpayah tengok jauh-jauh tengok dekat diri sendiri,dekat facebook pon dah cukup.Adakah kita akan mengucapkan salam kepada orang yang kita tidak kenal?jawapan ente?Ya.Tapi bukan mengucapkan salam,tetapi hai,hello,wassup.Dimana hilangnya assalamualaikum iaitu sejahtera ke atas kamu?Ala.Kalau selisih dengan pensyarah yang dikenali pon susah betul nak ucap salam.Ana pon terkadang begitu.Tapi Kita boleh mengubahnya kan?
6.Masa yang berlalu bagaikan kobaran api
Eh sedar tak?sekarang ni dah berapa ramadhan?Dah seminggu lebih rupanya kita puasa.Rasanya baru semalam ana start puasa,tapi dah seminggu lebih dah?Eh dah nak akhir tahun dah?Rasanya baru semalam ana berada di zaman jahilliah celebrate new year di pavillion.Yelah rasanya baru semalam anak berubah jadi apa yang ana jadi sekarang ni.
Sabda Rasulullah s.a.w
"tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan.Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu.Satu minggu bagaikan satu hari.dan satu hari ibarat satu jam,serta satu jam laksana kobaran api"
Adakah ente semua merasai apa yang ente rasa?iaitu masa berlalu begitu pantas,tahu-tahu dah nak raya dah,tak sempat nak merasai kenikmatan Ramadhan,kenapa?sebab Al Karmani pernah berkata"Maksudnya ialah,ditariknya keberkahan(Keberkatan) dari segala sesuatu termasuk dari waktu,dan hal itu merupakan tanda-tanda sudah dekatnya kiamat".Jadi apa yang perlu kita semua lakukan pada Ramadhan ini?Gunakan ia sebaik mungkin,ana takut kita semua tak sempat memberi salam pada Ramadhan tahun hadapan.Boleh?
7.Golongan yang meninggalkan islam
Lina joy |
Ya allah,Islam adalah seindah agama,tiada paksaan,fleksible tapi kenapa masih ada umat islam sendiri meninggalkan agama yang indah ini?Oh sedihnya,ente sudah murtad,tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t kecuali syirik.Ente kembali lah ke pangkal jalan,lakukan taubat nasuha.Dalam Malaysia ni banyak kes umat islam mohon dekat mahkamah untuk keluar dari islam tapi ente masih ingat lagi pada kes Lina joy?Siapakah Lina joy?Lina joy adalah seorang yang dilahirkan islam dan nama sebenar dia adalah Azlina Jelani.Kenapa dengan dia ni?dia nak gugurkan islam dari Mykad dia sebab dia dah memeluk agama kristian katolik.Betapa mudahnya dia ni kan?heh Kalau ana jumpa dia ni ana rasa ana nak bunuh dia ni sebab dalam islam,darah umat islam yang murtad adalah halal untuk dibunuh.Tapi negara kita ni ada undang-undang,takpe-takpe.We'll see you in court Lina Joy?Court mana?Mahsyar!
Nabi S.A.W terakhir kita pernah bersabda
"sungguh akan terlepas pegangan islam satu demi satu.Setiap terlepas salah satu pegangan,maka orang-orang akan berebutan utuk bergantung kepada yang lain.."
8.Riba jadi amalan
"sungguh akan datang kepada manusia suatu masa,dimana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba.Dan barangsiapa yang tidak memaknannya,maka pasti ia terkena debunya"
Okay apakah maksud debu didalam hadis ini?maksudnya sesiapa yang tidak berurusan dengan riba sekalipon,mereka akan termakan juga hasil riba tersebut.Dari mana?contohnya ente semua membeli barang keperluan di Supermarket Gayen dan supermarket Gayen menggunakan khidmat bank yang berasaskan riba sebagai bank utama,so maknanya ente telah terkena debu riba sebab membeli belah disana.Sebab apa?Sebab duit yang Gayen dapati adalah daripada bank riba.Ana adalah seorang student,dari keluarga sederhana dan biasalah student perlukan duit yang banyak untuk beli buku rujukan,bayar yuran dan sewa rumah.Tu je.#Ehyeke.Ana terpaksa membuat pinjaman dari PTPTIPU .Eh silap PTPTN,PTPTN mengamalkan konsep riba dimana student terpaksa membayar 10% lebih dari hutang tersebut.Dah macam Ah Long dah.Cuma bezanya dengan PTPTN ni,dia tak potong jari orang kalau lambat bayar.
9.Hamba Wanita yang melahirkan majikan
Majikan yang ana sebutkan ini ialah bos.Ya bos.Mari kita semua baca sabda Rasulullah S.A.W ini
"Jika seorang hamba perempuan melahirkan majikannya"
dan Ibn Hajar Rahimullah Ta'ala berkata "yang keempat ialaah banyaknya perbuatan derhaka hingga seorang anak memperlakukan ibunya dengan perlakuan seorang majikan terhadap hambanya"
Ana rasa ana pernah kupas perkara ini di entri ana yang lama,tak apalah biar ana ulang kembali bagi sesiapa yang sudah lupa.Fakta menunjukkan betapa banyaknya perlakuan derhaka kepada ibu bapa pada zaman sekarang buktinya,banyak kes anak rogol mak,anak pukul mak,anak bunuh bapak.Berani kan?Anak perempuan yang dulu lebih patuh daripada anak lelaki pulak,dah berani nak derhaka pada makpak dia.Seolah-olah benar makpak mereka telah melahirkan mereka untuk menjadi majikan.Keredhaan Allah s.w.t terletak pada keredhaan seorang ibu.Kalau ibu tak redha,Allah s.w.t tak redha,Tak takut ke?
Sebagai umat islam,ana mau kita renungkan bersama perkara ini,sebagai umat islam,kita mesti saling mengingati,ana mengingati ente,begitu juga ente harus mengingatkan ana perkara yang ana sudah lupa,walaupun ana ini tidak sempurna,tapi ana beragama islam ana berhak untuk mengingatkan ente semua.Oh ya jangan lupa belilah buku yang berkaitan dengan agama ya anak-anak,jangan asyik nak beli komik naruto,remaja,klik,doraemon,kalau nak beli,boleh aja.Tapi belilah jugak buku agama,biar hidup ente dan ana seimbang.
Oh ya lagi satu,ana dah teringat baik ana bagitau ente semua,kalau boleh belilah alquran yang ada terjemahan,tajwid,asbabun nuzul iaitu seperti cerita kenapa diturunkan ayat itu di setiap satu muka surat ayat alquran,insyallah akan timbul keinsafan dihati,Tak guna baca alquran tapi tak faham maknanya ya dak?macam mana alquran tu nak tolong kita bila kita mati kelak?
P/S:Apa yang diperlukan dalam hidup ini anak-anak?Kap ba ro taf alif nun.Apa tu?Keberkatan.kbai
JAPP!Sebelum ente bukak tab baru atau tekan pangkah,meh la ana share video tentang hari kiamat.Tengok jangan tak tengok!
10 comments:
nice sis XD
nice sis XD
Entri Marathon ni
Excellence!
takutnya Ya Allah. :'(
smoga kita dihauji golongan trsebut.. sebab dah trlalu bnyk tanda2 khiamat.. nice entry.. remind me of everything :)
euwww kaki tu euwwww * bahhaha gedik ngat gaya
ok gak entri nih...
tp sis, kes Lina Joy tu,,... itu bukan gambar dia... saya kenal Lina Joy..
Sis, nak share sikit, kes Hajjah Sitt tu, tu bukan gambar dia...
dah didedahkan kat FB gambar sebenar dia... :)
Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook dan Twitter
best entry ni... smg kita tak termasu dlm golongan2 camtu.. INSYAALLAH.. =)
Semoga Allah S.W.T mengampuni kita.....amin
Post a Comment