I appreciate them.

Wednesday, 17 August 2011

Perangai Manusia di Facebook

Assalamualaikum semua readers yang setia,yang tak setia,yang baru tahu kewujudan blog ini,yang mengintai,silent readers ataupun pembaca yang takde respon di setiap entri aku,yang yang yang ku cinta padamu,,yang ku sayang padamu,engkau dan aku telah menyatu satu jiwa dalam cinta.
Eh korang ingat aku buat pantun ke atas tu?pada orang lama mesti tau ni bukan pantun tapi lirik lagu dangdut amalina dan iwan je adik-adik sekalian.Oh kiranya aku orang lama la?Lama tak lama jugakla tapi sekarang ni mood aku lebih kepada layan lagu lama.

Korang tau tak dalam dunia ni berapa ramai orang yang ada facebook?taktahu kan?aku pon tak tahu jugak.Kalau nak diikutkan sekarang ni binatang peliharaan pon dah ada facebook,apatah lagi bayi-bayi yang baru lahir,dalam album dieorang penuh dengan gambar kecomelan binatan peiharaan dan bayi-bayi.Nasib baik comel,kalau tak comel,maunya aku pedajal sorang-sorang.

Aku perasan jugak yang kebanyakan pemilik acc facebook ni ada lebih daripada 1 account,yela mungkin facebook account yang lain dah penuh sebab tu selalu je aku nampak nama profile dieorang macam ni "dya mohamad full".mula-mula aku pelik jugak apasal ada perkataan full dekat belakang nama dia,2bulan lepas baru aku tau yang maksudnya account dia yang tu dah penuh dengan friends.Tapi kawan-kawan toksah risau dan gusar sebab account aku tak penuh lagi.Macam korang kesah kann.


Aku pelik,dieorang yang ada lebih dari satu account ni tak sakit hati ke,tak rimas ke dengan friend yang ramai and tak penat ke setiap kali tekan home,status friend yang pelbagai dan ada jugak yang merepek meraban.Tak rimas ke eh?Mungkin dieorang menyampah jugak tengok muka friends dieorang dekat home.rasa macam nak hide semua status friend dia tu dari appear dekat home pon ada,tapi tak sampai hati,ataupun nanti bosan takde point nak menganjeng dengan kawan-kawan.Ye dak?


Macam-macam perangai yang korang boleh tengok dari friend korang tu,cuba bukak home sekarang dan observe ada tak friend korang yang berperangai macam ini.

Pertama menunjuk.Yela menunjuk.Kebaikan yang dia buat,dia nak satu dunia tahu,contohnya sama la macam orang kaya menderma lepastu suruh reporter tangkap gambar dan siarkan di setiap muka akhbar,lebih kurang macam tu la.Kita kalau nak buat baik dengan penuh keikhlasan toksah menunjuk,riak.If buat baik tapi manusia tak nampak tak apa,tapi Allah s.w.t nampak,itu lebih penting.Kalau korang buat macam ni,aku rasa mesti korang jadi bahan umpatan di kolej,mahupun masyarakat di rumah.


Berlagak.Second step adalah korang tengok dekat home ada tak friends korang yang species berlagak,bagi aku species macam ni adalah species yang baru keluar dari hutan tak pernah tengok dunia,yela contohnya,tadi korang beli barang dekat guess then korang buat status yang berbunyi macam ni "I beli barang dekar guess tadi,harganya RM4900.Papa belanja.hikhik".Aku rasa nak penampar je orang-orang yang macam ni.Contoh lain?Yeay my mom baru beli banglo baru.Alhamdulillah mak rezeki,di situ ada double meaning ya,nak berlagak kaya dan lagi satu batak.HAHA


Perangai manusia yang aku perhatikan dekat facebook adalah marah-marah.Ha ni pon aku pernah buat jugak.Yes aku mengaku.Kadang-kadang Facebook ni boleh dijadikan tempat lepaskan marah jugak sebab nak tengok reaksi friends kan,mungkin boleh jadi tenang sikit.Mencarut satu dua takpe,tapi kalau dah setiap line nak mencarut apa cerita?ataupun setiap jam nak marah?Rasa-rasa nak remove je eh orang tu dari list friend,Asyik marah ni tak elok sebab ia menunjukkan siapa diri kita sebenarnya dan Dek,kalau selalu marah cepat tua tau.Bukan aku cakap tapi buku cakap.Hehe

Ada lagi perangai manusia yang boleh diperhatikan ya iaitu manusia yang suka post merepek.Seriously aku memang rimas dengan orang macam ni.Aku rasa bukan aku je,orang lain pon,dia ingat orang akan suka dan gelak dengan post dia tu,padahal,hampeh,aku pernah remove seorang budak yang kuat merepek dekat home aku.Puas hati.HAHA.Gelak jahat dan puas.


Korang rasa tahpape tak kalau dekat home korang penuh dengan orang yang bercintan cintun?Macam orang tu je yang ada bofriend dan girlfriend.Orang lain pon ada der dan ada je yang dah kawen,tapi takdelah nak macam nak bagitau dekat orang lain yang koranglah pasangan hot dan paling bahagia sekali dekat muka bumi ni.Kalau macam tu orang akan meluat dengan korang bukan dengki,Diulangi sekali lagi bukan dengki tapi read my lips,MELUAT.Ops muka fasha sendat jadi muka jejas pulak kat bawah ni.hehe


Lagi satu apa ya?Ha.Yes inilah dia,Orang panggil manusia hot setap,hot stuff ataupun barangan panas di pasaran,Kalau letak statu bodoh-bodoh pon still ada yang nak like.Cuba kalau mat atau minah rempit yang buat status camtu agak-agak ada tak orang nak like?Mungkin budak tu kena maki ataupun kena kaki.Pilih antara dua.

Macam-macam perangai kan yang korang boleh tengok dari Facebook ni?kadang-kadang bila baca status friends mesti terus mengomel dalam hati "eh tahpape tah budak ni".kan?Ala aku taula sebab aku pon pernah buat macam tu dan aku tau ada je yang pernah cakap macam tu bila baca status aku.Well,Biasalah kan,Kalau taknak benda ni terjadi,delete account facebook korang or g main myspace.Jap Jap manusia mana yang main myspace lagi di zaman ini?


P/S:apa perangai aku dekat Facebook?Aku tak boleh kalau tak update status sehari.kbai


17 comments:

NuRuL ZaHiRaH said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha :) senyum je bace komen2 fb atas nie dya. lawak :) ape2pon. mcm eira sendiri. t'jadi status yg x spatutnye sbb nk update something tp x de idea. heeee~ :P

Nazrul Izuan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Paling setuju yang hot setap...SANGAT setuju.

sieliybombastik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ala dyana, aku rasa ko pon sama jer, hahaha aku pon sama je kot, tp not oways laaah. HAHAHAAHA

eh aku main lg apa myspace. tp tak aktif lah. on tgk tgk komen , tp tade lah sampai nk delete. sbb aku mula blj internet pasai nk main myspace, masakan aku nk buang myspace tuh. org kata habis madu sepah dibuang. hahaha

plus aku blj mula buat coding sjk men myspace, byk ilmu aku belajar ;DDD

Saiazuan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kte mcm tu x? hehe

cik najihah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahah betul tu..
mcm2..ade yang annoying..

cheqwa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kahkahkah,...klakor lah ayat2 dia ^_^ amir raja gopal paling xboleh blah :p

Orang biasa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaa... tak sanggup tgk status lisa sughihani...

izyansyazwani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kelakar tapi benar..hehe

Nurfarhana Rashid said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sokong 100% !!! betul tu betul...kekadang menyirappp je dgn org yg mcm tu..

Nurfarhana Rashid said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sokong 100%..betul tu betul,kekadang menyirapp je rase dgn org2 mcm tu..

FARAH IZWANI RAMLI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahahahaha.
hakikat sebenarnya.

ietchan-kun said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tu la comment2 yg wat berat server internet..tah pape la...

Queen F said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahahah aku pon kadang-kadang menyirap jugak dengan manusia cenggini.. yang jenis test market pon sama lah.. aku prefer orang yang buat status macam quote ke tazkirah ke ape ke.. sedap jugak bacanya.. HAHA

sukasuki said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha.betol.kdg2 benda yg di update tu mencerminkan diri dorang gak.

Amni said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

heee..... kadang2 terbuat jugak walaupun kita sendiri tak suka jugak tengok status orang kan? hee.. thats y dah malas layan fb.. sebab kadang termerapu tanpa sedar.. lagi la bila ada kawan dua kali lima 10.. =p

Azreen Shafila Abdullah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahaha..klakar btol...

Zaidatul Shima said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best giler entry nie . hahahaha