I appreciate them.

Sunday, 21 August 2011

Masihkah korang ingat perkara ini?

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambut mu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Itu adalah lirik lagu daripada kopratasa,lagu masihkah kau ingat,pernah dengar tak?Tak pernah?yela sapa suruh korang asyik dengar lagu-lagu yang merepek zaman sekarang ni,Lagu ni syahdu woi!


Masihkah korang ingat wahai budak-budak KL,budak-budak seremban,ataupun budak-budak tak berapa nak KL dan tak berapa nak seremban,dulu Korang semua melepak dekat time square di waktu zaman 2005,2006?Masa tu times square sentiasa dipenuhi dengan budak-budak yang dressing yang tah pape.Ada yang semua hitam,ada yang seluar kecik kat bawah lepastu pakai boot,ada yang kaler rambut sama dengan rambut BF or GF.Masihkah korang ingat?

Aku masih ingat lagi sebab aku ada di tempat kejadian,dan aku juga pernah jadi salah seorang daripada mereka,aku potong pendek rambut aku,rambut depan aku akan biar mencecah mata macam noh hujan,ternyata fesyen rambut macam tu menghalang pemandangan aku,Noh tak rimas ke?baik takpayah ada mata kalau nak tutup.Kemudian aku beli baju,seluar hitam dan aku beli jugak beg emily rose,sebab beg tu adalah yang paling trendy masa tu.oh tak dilupakan juga kasut hitam.itu sudah mesti.Lepas dah lengkap semua tu aku ponteng tusyen dan aku berjalan dengan BF aku penuh bangga,konon-konon smart la padahal hampeh!




Masihkah korang ingat waktu dulu tu times square dipenuhi dengan budak-budak group yang menggelarkan diri mereka emo,yang selalu emo,nak makan pon emo,nak mandi pon emo,nak cingcing pon emo,pendek kata dieorang ni budak yang emosional so korang tak boleh buat dieorang nangis.Ingat lagi pada budak gothic?Gothic kononnya macam my chemical romance tu,aku pon tak faham sangat sebab aku memang taknak faham,bagi aku emo and gothic sama je.Masih ingat lagi pada budak punk yang memang sangat banyak melepak di tepi-tepi monorail,tepi eskelator.Dan ingat tak lagi waktu myspace Femes semua orang nak letak nama dieoeang macam ni Budak>>emo sambil menggunakan default tah sape sape.Ingat?


Masihkah korang ingat pakaian orang lain dan  waktu korang pergi jalan-jalan nak tengok wayang atau shopping dekat times square?Kalau ingat balik mesti malu kan?Macam-macam perangai yang boleh korang jumpa,ada perempuan yang pakai skirt pendek segala-galanya nak pendek dan makan lolipop love,tangan dipenuhi aksesori termasuk aksesori jaring sambil jalan tergedik-gedik,masa tu dieorang rasa dieorang la paling famous disitu.Eh tak dilupa juga celak yang tebal di mata kononya emo gila.Yang lelaki pulak pakai kot hitam,seluar hitam,lepastu lekatkan bunga ros merah atau putih di dada mereka.Sebagai simbol apa?Simbol dah berpunya atau belum,kalau dah berpunya warna merah,kalau tak berpunya warna putih.KAHKAH.Ops sorry aku tergelak besar pulak.

Masihkah korang ingat lagi betapa sakitnya mata korang melihat pakaian gadis-gadis yang lalu lalang disitu,seksi nak mampus,ada yang nampak perut,nampak lurah bontot,Lelaki mesti lagi terseksa pandang dorang ni tapi dalam masa yang sama nak pandang jugak sebab korang cakap tu rezeki,rezeki hatok hang,tunduk bawah pandang lantai dan jalan tak perlu nak pandang barang orang lain yang takdak juai tu.
Perempuan pulak bila kena ikut dan kena ngorat dengan lelaki,tahu pulak nak jadi malu tapi korang tau tak lelaki tu ngorat korang sebab betul-betul nak kenal dengan korang atau sebab KESEKSIAN korang?masihkah korang ingat?

Masihkah korang ingat  di tingkat mana  korang dating dengan pasangan korang dekat times square tu?Tingkat 6.tingkat 7?atau di bahagian tangga yang korang boleh sorok tu?Aku masih ingat lagi aku dating di tingkat 7,masa tu aku form 3,ya form 3,aku duduk berborak dengan BF aku sebelah menyebelah,tapi aku ditegur oleh guard dia cakap tak boleh duduk di tingkat ni,mana lah aku nak tahu,dia cakap nanti kiteorang buat maksiat,dia suruh kiteorang blah atau kena belasah So kiteorang blah dan aku dengan BF aku dah tak ada apa-apa 3tahun sampai sekarang. Waktu tu operasi elak orang dating di times square berleluasa,sekarang apa jadi dengan times square?Dipenuhi lagi dengan orang dating.Mana pergi operasi tu?.Ingat tak kat mana korang dating di times square?


P/S:duduk kampung ni idea mencurah-curah seperti di ladang gandum pulak.Cakap pasal ladang gandum,kalau dapat kokokrunch sedap ni.Kbai.

8 comments:

Lizzie Yasmin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waktu nie nak ajak mak aku pi TS pun tkut.. Takut mak aku mulut cabul pi tgur dpn2 dorang.. huhuhu

nurdani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masihku ingat semua tu.zaman gelap gelita yang menyakitkan mata.kalau kat centrepoint klang pun sama.penuh budak2 mcam tu.kalau nampak diorang datang sekumpulan,jangan harap lah nak pandang jelik. kena buat tak tahu je

Nurrul Aqidah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xlupe gak ade y bawak payung kecik kaler hitam takut dalam TS hujan.hahah

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lizzie yasmin-eh mak kau g eh TS?mak aku jgn harap nak g sbb die tau port2 dak2 camni.bestla mak kau!:)

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nurdani-dya kalo pndg,dlm ati je berkata2.eheh

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nurdani-dya kalo pndg,dlm ati je berkata2.eheh

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nurrul aqidah-paastu payung tu mesti koyak2 kan.haha

EkaBukanMakcikKau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahhhhhhhhhhhh MCR kool .