I appreciate them.

Tuesday, 12 April 2011

malu,wanita bertudung mencuri.

First:
SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.


Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.


Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di shah alam.



second:


third:


p/s:herm....kenapa....),:

dimana maruah wanita bertudung yang dianggap ikon islam ini.nanti setiap orang yang pakai tudung dituduh jahat.Kenapa mesti  mengambil benda yang bukan hak kita.islam tak ajar kita macam tu.Aku sebagai wanita bertudung,sangat malu dengan perbuatan mereka.

sebab tu lah ada pemikiran sesetengah orang macam ni:
orang pakai tudung bukan semuanya baik pon.pakai je tudung tapi hati busuk.
walaupun aku tak pakai tudung aku tak kacau orang pon.

memang betul bukan semua orang yang pakai tudung baik.tapi tahukah kita semua bahawa untuk pakai tudung itu adalah satu jihad besar dan sukar untuk dilaksanakan.
macam aku dulu.aku free hair.masa aku 19 pernah jugak aku cuba nak pakai tudung.tapi sebab bukan dengan hati yang ikhlas,aku bukak balik.sebab aku tengok fashion sekarang macam-macam.dulu aku gila fashion.asal nampak trend baru je aku nak ikut sama.so ending dia adalah aku bukak balik.then aku try pakai tudung masa pergi ke kelas untuk satu sem.entah kenapa sekejap je.

sekarang ni alhamdulillah aku dah fully bertudung.bersyukur kerana Allah s.w.t memilih aku untuk diberikan hidayah-NYA.syukur alhamdulillah kerana aku masih di beri peluang untuk berubah sebelum aku mati(,:

 Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

astaghfirullahalazim
sesungguhnya kami tidak layak untuk mendapat layanan sebegitu besar ini.

p/s again:jangan memandang serong kepada orang yang tidak bertudung,hormati mereka dan doakan mereka mendapat kesejahteraan dan hidayah.amin(:

4 comments:

man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nie sama dengan perumpamaan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

man-ye btol.takkan nak mcm ni slamenye kan

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah anda telah memilih untuk bertudung.. jangan sekadar pakai tudung saje tapi aurat lain tetap tak sempurna.. aurat tu bukan rambut je tapi bagi perempuan, seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan adalah aurat.. jadilah muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.. salam~ :)

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyallah..