I appreciate them.

Friday, 29 April 2011

kawan yang boleh dan tidak boleh dijadikan sahabat


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pembaca semua apa khabar?sehat tak?harap anda semua sehat.ececeh:PP
takpernah aku mulakan entry macam  ni,rasa best pulak bila mulakan macam ni.terasa aku ni seorang yang caring.wahaha:DDD
okaylah,Hari ni tiba-tiba aku rasa nak mengetengahkan isu sahabat.
First of all,aku nak tanya korang semua,Berapa ramai orang yang korang gelarkan sebagai sahabat?

bukan semua kawan yang kita boleh gelarkan mereka sahabat.Erti sahabat itu adalah sangat bererti,kerana sahabat itu ibarat teman sejati,yang boleh berkongsi masalah,yang menangis sama sama dan senang bersama dengan kita.
Tapi  nak jadikan seorang itu sebagai sahabat memerlukan masa yang sangat lama,seperti kita mengenali kekasih kita,kita perlu mengenali hati budi dia dulu takkan nak terus kahwin.Untuk memilih seorang sahabat tak semestinya kena kaya ataupun miskin,yang penting hati.Kalau macam aku,aku ada ramai kawan tapi ada segelintir yang aku gelarkan sahabat,kawan baik,kawan rapat dan kawan biasa.


Ada jugak orang yang kita anggap dia sebagai sahabat tapi dia just anggap kita kawan biasa je,agak kecewa tapi nak buat macam mana,takkan nak paksa pulak.Okaylah,Cakap banyak pon tak guna,

Jom kita kenal jenis-jenis manusia yang harus dielakkan untuk dijadikan kawan jauh lagi sahabat.

1.Hasad dengki
Ini yang tak gemar ni.bila kawan dia lebih sikit je daripada dia,dia akan dengki gila-gila ni.ha.lepastu mulalah cerita perkara bukan2 pasal kawan dia,bukak pekung kawan dia dekat semua orang,padahal kawan dia dah kata benda tu rahsia.Kalau tengok cerita indon kan,konsepnya takkan lari,mesti ada perempuan suci sorang dan perempuan penuh hasad dengki sorang,bila perempuan suci tu nak kawen dengan cowok hensem,mesti perempuan lagi sorang dengki dan akan buat apa je untuk gagalkan rancangan perempuan suci.lebih kurang macam tu lah.

2.keypochi
ish ish ish.keypochi ni memang si penyebar cerita yang paling pantas sekali dari berita tv3,dia ni macam mami jarum lah kan,dok sibuk hal orang je keje dia.biarlah si tipah tu nak pakai baju warna oren,seluar warna hijau pon,sibuk kenapa.Si keypochi ni,kalau orang dok baik punya gosip,dengan lajunya dia mesti nak menyampuk jugak sebab taknaklah terlepas berita panas,lagi-lagi cerita pasal budak yang beliau benci,haruslah sebarkan lepas dengar kan.

3.Tikam belakang
ha jenis kawan macam ni lah seboleh-bolehnya kita elakkan.nak ke seorang kawan tikam kita dari belakang,cakap belakang tak gentle lah bro,sila cakap depan lah kalau berani.Kawan yang macam ni,biasanya dia seorang yang sangat putar alam,aku rasa si david teoh cakap lagi aku faham kot daripada kawan jenis macam ni.Mula-mula depan kita bukan main puji lagi,kita baiklah,comel lah,rahsiamu rahsiaku jua lah,bila depan orang lain,semua tu hilang.

4.penipu
Ini yang aku paling tak suka ni.Untuk tutup satu penipuan,kita harus menipu lagi sekali.ha.kalau macam tu hidup kita diselubungi penipuan.susah lah macam tu bro.Kalau orang tanya,jawab jela dengan jujur.takpayah lah nak menipu,kalau kantoi sendiri,kau yang malu nanti.If ada orang tanya"Blackberry kau macam china made je.yeke?mana kau beli?" jawab jela memang china made,takpayah nak cakap Blackberry kau original made la,beli dekat KLCC la,sebab kawan kau tanya macam tu,dia nak psycho kau je,dia dah tau dah application dalam HP kau memang china made dan beli secara longgok(: si penipu ni,kalau kantoi,reaksi dia antara dua,terdiam ataupun akan belit belit cerita lain.ish ish.naughty betol.

ha.macam mana?memang sakit hati kalau ada orang-orang yang macam ni,rasa nak delete je dari dunia ni dan jangan haraplah aku nak refresh kau balik untuk wujud dalam desktop aku kan.kalau ada dan dah jadi kawan pon,janganlah kita bermusuh pulak dengan dia.kalau boleh,kita nasihatkanlah dia untuk menjadi lebih baik atau doakanlah untuk dia,mereka pon manusia jugak..

moh tengok kawan yang kadang-kadang boleh dijadikan sebagai sahabat

1.caring.
Kawan yang caring ni memang membuatkan sesiapa sahaja akan terharu dan membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin.Bila kita sakit je,dia yang terlebih risau dekat kita,padahal kita biasa-biasa je,tapi dia yang sibuk belikan ubat,jaga kita waktu kita sakit.Yang paling bestnya dapat kawan caring ni sebab kalau kita tak ada duit nak makan,dia akan hulurkan duit dia dulu,kadang-kadang tu dia akan cakap "kau pakai duit aku dulu,kalau ada duit kau bayar,kalau tak ada,takpayah bayar,eh takpayahlah bayar,aku belanja kau"seronok kan ada sahabat yang caring?

2.satu kepala
Nak cari sahabat  yang satu kepala memang susah sikit,kawan memang ramai tapi bukan semua satu kepala dengan kita,,kebanyakkannya tak akan faham minat atau tujuan kita,masing-masing akan cakap kita ni poyo.macam aku,aku suka gelak besar punya,aku suka buat lawak bodoh,nasib baik ada sahabat aku azlinda yang suka dengar bebelan aku dan gelak besar sama-sama dengan aku.cuba bayangkan hidup tanpa geng yang sekepala,korang buat lawak bodoh yang bagi korang memang lawak gila lah,tapi dia tak gelak dan buat bodoh beserta tak faham lawak yang korang cuba sampaikan.bayangkan cepat.dah?okay sekarang sila hargai kawan yang sekepala dengan korang.

3.menidakkan tindakkan kawan,bukan mengiakan.
Seorang kawan yang baik adalah apabila dia menidakkan tindakan kawan dia,bukan selalu mengiakan.ya memang aku sangat setuju,kawan yang baik akan melarang kawan dia daripada ada niat jahat,bukan sebab nak jaga hati kawan dia,dia pon ikut dan setuju je dengan kawan dia.itu bukan seorang kawan yang baik walaupun niat dia murni tapi itu bukan caranya.

4.tak berkira
Ha yang tak berkira ni bagus.kalau kita nak pinjam barang dia je,dia akan cakap "amik jela",tapi bila dia dah bagi pinjam,janganlah kita naik lemak sampai taknak pulangkan barang kepunyaan dia pulak,kalau pinjam baju dan dah berkali kali korang pakai pandai2lah untuk basuh ya.jangan biarkan bau ketiak korang melekat dekat baju dia,melampau namanya tu.dah tau dia tu tak berkira jangan ngade ngade nak cakap "aku pinjam awek or boyfriend ko hari ni boleh tak?"kalau kawan korang jawab ameklah jugak,sah kawan korang tak sayang awek or boyfriend dia.haha:PP ataupun dia amalkan sikap,sharing is caring:PPP




Okaylah malas nak menaip panjang,yang penting renung-renungkan apa yang aku cuba sampaikan dan selamat beramal(:

P/S:no body perfect.Terima kawan kita seadanya(:
INGAT! TAK SEMUA KAWAN BOLEH DIJADIKAN SAHABAT.
salam ukhuwah(:

5 comments:

cik ayin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

susah nak cari kawan yang betol2 kawan kan..

urmmm

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik ayin-yup.mmg susah.kalau kite terlalu percayakan dia,dia tikam kite blek.payah2.haihhh

izzy hamid said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

habis aku ni ? kawan yang mana satu ?

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iz,ko tu kawan baik aku la.huhuh

hanya kita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

susah nak cri sahabat yang bawa kejalan yang benar