I appreciate them.

Thursday, 28 April 2011

sebenarnya cita cita aku ialah ingin menjadi penulis novel


first:*KLIK SETIAP GAMBAR UNTUK TUMBESARAN .(:

Sebenarnya itulah cita-cita paling murni pernah aku fikir waktu aku darjah enam.Tapi ada jugak side cita-cita aku.contohnya cikgu,polis,doktor,askar,bomba.Bila cikgu suruh bagitau apa cita-cita aku,mesti aku jawab aku nak jadi Doktor.agak pelik,kenapa aku tak jawab aku nak jadi penulis novel ye masa tu.Mungkin masa tu,semua kanak-kanak sebaya aku,cita-cita hampir serupa,bukan hampir serupa,tapi memang serupa.cuba korang refresh balik memory korang,apa cita-cita korang waktu berada di sekolah rendah?benda yang aku sebut tadi,mesti tak lari kan?huhu:P

Yela,mana taknya.masa sekolah rendah tu,cikgu asyik cakap pasal pekerjaan tu je.Semua student kagum dengan pekerjaan cikgu,polis,askar,doktor.ala..kalau tanya budak tadika pon sama jawapan dia lah.opps.lupa cita-cita lagi satu yang common untuk dijawab bagi seorang student sekolah rendah,pilot(:

Nak dijadikan entry,aku ni memang sukalah sangat mengarang,menulis,semua tu hobi aku.boleh tengok ye,aku terlalu sangatlah rajin update blog.sebab apa?sebab aku suka menulis.suka menaip.suka berkarya dari kecil lagi.Karangan aku semua A+ dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Masa sekolah menengah lagi lah,aku sanggup korbankan masa rehat aku diwaktu petang tepat pukul 2 je,aku akan duduk dalam bilik pengawas belajar untuk mantapkan lagi karangan aku dengan ayat-ayat yang superb dan peribahasa.Aku pernah menang pembahas terbaik peringkat daerah gombak masa bertanding untuk tajuk UPSR wajar dimansuhkan.hahah.bangga kejap:DD


okay berbalik kepada cita-cita murni aku tu,aku agak kecewa sebab tak kesampaian.hurm.):

aku pernah call satu production ni,karnadya production,.tapi aku tak ada keyakinan nak bagi tulisan aku dekat dia ,sebab aku hanya seorang budak darjah 6,kerja aku bersambung sampailah aku tingkatan 2.Lagi satu masalahnya  ialah cerita aku sangatlah kebudakan.malula kalau aku hantar,mesti kena ketawa beramai-ramai.korang bacalah cerita aku karang masa aku darjah enam.




nak pilih tajuk pon susah tau!

Cerita ni  mengisahkan seorang perempuan,or budak darjah 6 yang meminati seseorang.HAHA.biasalah masa ni aku darjah 6 kan.kenalah karang cerita yang kena mengena dengan aku.Nama perempuan dalam cerita ni ialah ika.Ika ni dijaga oleh pakcik dia yang sangatlah garang,selalu pukul anak dia.Ika ni pulak seorang pelajar pintar,dalam cerita ni,Ika pergi lawatan ke Langkawi dengan rakan sekelas,start tu,dia minat seorang budak ni,nama dia hafiz,siap tulis surat lagi selit bawah pintu hafiz.HAHAH:PPP.Yang paling kelakarnya,aku takleh terima.ada adegan bunuh2 ni.ada orang nak bunuh Hafiz,kuncu-kuncu Daniel,tunang Ika 10 tahun kemudian.Daniel bagi hadiah kereta dekat Ika,bajet sungguh Daniel ni.ingat kaya sangatlah.
Aku pengaruh tengok drama TV ni sampai terikut-ikut jalan cerita drama TV,part parents Ika paksa ika kawen dengan Daniel sebab terhutang budi.wakaakka:DDD

tiba-tiba dah 10tahun kemudian.what the fish.





Cerita Aliaku manja ni aku buat masa aku form 2.masa ni tulisan aku cantik kan kan?(:  Tapi cerita aku still merepek.Cerita ni mengisahkan Alia,seorang yang tomboi,kekurangan kasih sayang parents,so dia ni suka menghabiskan masa dekat luar,di club,masa dia dekat club,Alia ni terperangkap dengan kawan lama dia,sham,sham bawak dia balik hotel,kena rogol.hidup Alia jadi tak best masa tu.dia suka bermurung je.yang kelakarnya,satu hari dia chatting,nama samaran dia Lia asmara,nama laki yang dia chat tuh boyzone,boyzone tu adalah sham,orang yang pernah rogol dia dulu.bila mereka berjumpa,Alia terkejut,Alia tak boleh terima.tapi sebenarnya Sham ni dah lama minat dekat Alia..dan bla bla bla.merepek je cerita.haihhhh.




sekarang ni aku terpaksa lah focus subjek yang aku amek kat Universiti ni.dah tak boleh dah nak mengarang macam dulu,sem2 diploma  ada jugak mengarang satu cerita.tapi aku tak jumpa cerita tu.ntah kemana.



Entah bilalah cita-cita aku ni nak tercapai dengan assignment yang berlambak ,test,quiz dan final year project.
mungkin dalam mimpi kot((:

8 comments:

zam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga2 anda dapat... mngejar cita2 itu.... amin...

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyallah zam.tp ntahlah.dya cam tak ada peluang lg lah):

izyansyazwani said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ni sama ngn k.yan ni..masa k.yan darjah 6 dulu pon,k.yan sllu tulis novel gak..sampai kawan2 baca n antar kat cekgu sains..peh tu, cikgu sains mnta izin nk betulkan perkataan yg mana x sesuai..haha..best giler zaman dulu..tp dulu sllu buat cerita psl awek cun yg kaya kapel dgn pakwe hensem yg kaya yg rambutnya style rambut M..rambut belah tengah..haha..poyonya waktu dulu..tp skrg ni x jmpa dah semua karya2 dulu 2..hehe

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak yan-wahahah.rambut M.kakyan tau tak dulu kite minat gile laki rambut belah tengah mcm tomok.kelakar gile.
kite ade wat gak cerita2 camtuh ade dlm laptop.tp dah hilang.rugi je kan kakyan.jom kite wat novel same2?kerjasama antara kakyan dengan dya.hahah:PPP
yg jadi kaver depan,mestilah kakyan(:

Izyan Masri said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

BUAT NOVEL,LEPS PUBLISH BAGI YAN SATU BOLEH ;P

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh.ade dua izyan dekat sini.sorang dah kawen sorang belum.takpe2 nanti dya buatkan novel yang gunakan nama izyan eh:P

man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau minat jadi penulis...lepas graduate boleh continue mengarang.

dya mohamad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

man-memang dya minat gile menulis.lepas grad?insyallah.man kene belilah novel tuh ye.^^